Isnin, 1 Januari 2018

Cara atasi hidung selesema dengan vitamin c

Wah abang dah penat jadi jurupandu kami selama 5 hari ni. Beberapa hari ni nampak dia selesema.

Hari ni kita patahkan 2biji vitamin c dan bagi dia telan. Katanya banyaknya kena telan. Haruslah telan banyak asyik dengar sok sek sok sek je hidung tu kita bagi telan vitamin c ni.

Vitamin C ni sahabat saya saat berjalan jauh. Harus bawa vitamin C kerana buah sayur kadang tak dapat ambil saat travel ni. Imun kita mesti berubah dia kawasan yang berlainan. Terutama kita menginap di tempat dan terdedah dengan orang keliling yang kurang sihat. Makan pun tak menentu jadi imun badan pun turun bercelaru. Saya harus selit vitamin c ni semasa saya berjalan. Anak kecil ni pun perlu zat daripada penyusuannya. Saat berjalan ni dia kurang makan asyik menyusu sahaja. Saya mesti berikan hanya yang terbaik untuknya. Usaha sahaja dulu. Tapi jika Allah dah berikan sakit tu perlu redha la. Itu tandanya Allah nak kita rehat.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan